Benarkah zombie itu wujud ?

Zombie makhluk yang sering muncul di dalam filem, permainan video digambarkan sebagai makhluk rakus yang menjadikan manusia sebagai santapan dan manusia yang menjadi mangsa kepada zombie pulak bertukar menjadi mayat hidup yang sentiasa kelaparan Persoalannya, benarkah zombie itu wujud ? 
 
Asal zombie sebenarnya ada kaitan dengan ilmu vodoo dari kepercayaan kaum Haiti. Namun begitu zombie bukanlah satu situasi dimana manusia yang mati telah dihidupkan semula. Kebanyakkan kes dimana mangsa 'dipalsukan kematian' sebelum di cuci otak untuk dijadikan hamba abdi. 
 
Namun begitu percaya atau tidak zombie sebenarnya memang wujud !
 
Terdapat sejenis kulat yang dipanggil Ophiocordyceps unilateralis yang berada di hutan tropika yang  menjadikan makhluk lain sebagai zombie. Berbeza dengan makhluk parasit lain yang sering menumpang untuk mendapatkan nutrisi, Ophiocordyceps unilateralis  pulak  menyebarkan sporanya kepada serangga  dengan tujuan membiak. 
 
Sebaik sahaja penumpang terutamanya semut terkena spora dari kulat ini ia akan mula dirancuni atau dipengaruhi sehinggalah penumpang mati tetapi iainya tidak berhenti disitu. Kulat ini akan mula membesar dalam tempoh sekitar tiga minggu sebelum mengikut jejak langkah daddy dia untuk menyebar spora seolah-olah koloni semut mula diserang zombie pendemik.  
 
 Di Malaysia juga ada sejenis cacing yang akan menjadikan mentadak sebagai perumah, sebaik sahaja cacing tersebut mula matang ia akan mempengaruhi mentadak untuk terjun ke dalam tempat yang berair dan cacing itu kemudian keluar dari bangkai mentadak.
 
Kita ada dua berita baik, pertama zombie tiada kaitan dengan manusia mati hidup semula yang mahukan otak dan kedua perasit ini tidak memberi kesan kepada manusia. 
 
Buat masa ini .. 


Apa maksud inflasi ?

Kalau dulu RM10 sudah boleh beli set ayam KFC tapi sekarang sudah mencecah hingga RM15. Harga semakin mahal tapi perasan atau tidak. Dulu walaupun murah kita hanya pergi makan setahun sekali biasanya pada hari istimewa tapi sekarang ada yang selalu pergi untuk menu baru. Aik ? Kenapa pulak bila sekarang mahal lagi ramai yang pergi ? 

Inflasi adalah satu yang berlaku dimana nilai duit kita semakin lama akan menjadi semakin mengecil. Kalau dulu RM5 boleh dapat 4 cawan aiskrim tetapi hari ini mungkin boleh dapat 3 cawan sahaja. 
Walaubagaimanapun inflasi juga akan meningkat seiring dengan ekonomi dan kuasa membeli. 

Sebagai contoh di pendahuluan tadi, walaupun set makanan segera semakin mahal tetapi permintaan juga semakin meningkat. Malahan pelbagai jenis restaurant makanan segera tubuh seperti cendawan selepas hujan sekaligus menaik taraf ekonomi setempat. 

Apa yang menjadi kerisauan adalah berlakunya staginflasi satu situasi dimana nilai duit semakin kecil tetapi tiada peningkat kuasa membeli atau ekonomi tidak bertambah baik malahan perluang perkerjaan tidak meningkat seiring dengan perkembangan semasa. 

Tahap paling teruk adalah apabila berlakunya hiperinflasi berlakunya peningkatan harga barang pada satu situasi diluar kawalan. Peningkatan mungkin naik hingga lebih 30% malahan akan naik berkali-kali. 

Cita-cita

Aku duduk di katil bilik anak aku saja melepak. Si bongsu tengah makan roti gardenia perisa jagung yang telah pun naik harga lalu aku bertanya. 

"Nanti besar nanti nak jadi apa ?"

Kakak yang paling semangat untuk menjawab. Nak jadi cikgu katanya. Tidak sangka pulak dia sudah ada impian sendiri sedangkan baru tadika. 

Manakala jawapan abang pulak tidak lagi sama seperti dahulu, katanya nak jadi bomba berbanding sebelum ini nak berniaga. 

Tetapi jawapan si bongsu, katanya nak jadi ikan. Aku pun jadi pelik lah juga "Kenapa pulak nak jadi ikan ?"

"Nak duduk dalam air jer, nanti Kakak boleh bagi makan." 

Selalunya orang bela ikan sebab nak relax-relax, tapi dia nie nampak macam relax sangat. 

Asyik ada masalah jer. 

Pernah tak kalau kita tengok movie apa-apa ada cliche hero asyik jumpa masalah sahaja. Ini sebabnya Murphy Law Dalam Plot

 Pembalakan Bagus Untuk Harimau.

Sebenarnya aku setuju juga dengan kenyataan ini kalau balak diterbang seratus tahun sekali tetapi masalahnya sekarang adalah sekali terbang sampai beratus balak. Licin terus. 



Normalisasikan benda yang salah

Aku tengok kita sekarang terlalu mudah untuk normalisasikan benda yang salah.
 
Bila ada emak bapa yang mengadu beg anak mereka sampai 5kg. Kita mula tuduh manjakan anak tapi kita kena faham juga untuk budak sekecil itu 5kg adalah sangat berat. 
 
Sama juga bila ada yang mahukan gaji lebih dari RM1200, kita tuduh dia pilih kerja pulak. Bangga pulak kita sebab boleh dulu kita boleh hidup dengan gaji itu. Tapi dulu set KFC baru RM9 lebih. 
 
Kes mangsa banjir minta untuk keluarkan duit KWSP, kita yang tak dimasuki air pulak yang menggelabah nak bangkang macam lah kena guna duit kita. 
 
Entahlah, kadang-kadang hidup kita ini macam sakit hati sangat bila ada orang nak hidup mereka dipermudahkan. Padahal tak beri kesan pada diri kita pun.

Buat design bawah RM15 ?

Aku baru jumpa satu website ini. Sesuai untuk sesiapa yang mahukan simple design dan baru nak berjinak. Aku pakai untuk Karya Syazwan.  

Bestnya benda ini percuma dengan pilihan bayaran untuk download gambar dengan qualiti lebih baik dan remove watermark. 

Aku rasa benda ini lagi baloi daripada bayar servis bulanan tapi nak pakai untuk satu dua. 

Website : postermywall.com

Menjadi cerdik dalam masa 5 minit.

Asalnya bermula di sebuah group komputer apabila apabila ada orang mahu cari RTX 4000. Aku pun macam "eh dia nie kenapa ?". Bila baca komen ada brother tu perli owner post. Sekali dia kena kutuk balik. Rupanya RTX 4000 memang ada dalam kategori Quadro. 

Kemudian kes kedua apabila KJ beritahu mengenai price ceiling dan ada yang perli dengan selling price. 

Sebenarnya ada satu istilah yang dipanggil Dunning Kruger effect yang membawa maksud kalau kita tidak tahu mengenai satu perkara kita akan rasa bahawa kita jauh lebih pandai. Kiranya bila kita belajar masa dekat diploma, kita rasa kita dah pandai tapi bila kita lanjut lagi pelajaran baru kita sedar lagi banyak benda kita tidak tahu. 

Kenalah dengan 'peribahasa resmi padi semakin berisi semakin tunduk' yang membawa maksud semakin tinggi ilmu semakin merendahkan diri. 

Fiksyen 

 Saya Sebatang Pen mengisahkan seorang remaja yang menemui satu pen milik penyiasat persendirian. Tindakannya yang mahu menggunakan pen tersebut bagi membongkar satu kes pembunuh rupanya ada kaitan dengan kejadian letupan di dua buah tempat. 


Review

Army Of The Dead karya Zack Synder yang mempunyai potensi tetapi

Twin Traveler dua watak utama dalam permainan video Genshin Impact.


Rupa Nemesis telah didedah.

Resident Evil 3 Remake akan keluar pada bulan April ini dan semalam Capcom telah menyiarkan trailer terbaru untuk game ini dan fokus kepada antagonis utama iaitu Nemesis.


Berbeza dengan versi klasik, Nemesis untuk versi remake akan menggunakan Flame Thrower dan bukan lagi Bazoka.

Ada hidung.

Nemesis akan guna tentacle untuk menangkap permain dan flamethower akan menjadikan trick di tangga ketika berdepan dengan Mr.X sebelum ini tidak lagi berkesan.

Watak Carlos juga dapat dimainkan namun begitu jangan letak harapan sangat kemungkinan hanya untuk satu scene seperti mana watak Ada atau Sherry dalam Resident Evil 2 Remake.

Sehingga kini tiada sebarang info akan versi Mercenaries dan dengan adanya Resident Evil Resistance yang mungkin akan jadi penganti.

Sejujurnya aku rasa mungkin akan ada untuk next DLC.

Capcom telah sahkan bahawa hanya akan ada satu ending. Sekiranya anda telah lupa atau tidak main versi klasik, ketika di jambatan, Jill akan berdepan dengan Nemesis dan pilihan kita seterusnya akan tentukan hala tuju game.  



Info - Apa itu Raptor ?

Apabila sebut sahaja mengenai Raptor sudah tentu kita akan terbayangkan makhluk ala-ala biawak yang besar dan menjadikan manusia sebagai santapan. Itu adalah benda biasa kerana kita telah terpengaruh dengan filem seperti Jurrasic Park/ Jurrasic World.



Ironinya di dalam filem Jurrasic Park itu sendiri telah menafikan teori bahawa makhluk seperti Veliociraptor dari kategori reptilia. Sebaliknya raptor adalah daripada spesis burung !

Nama raptor di ambil daripada bahasa latin iaitu rapere yang membawa maksud rampasan atau mengambil dengan paksa. 

Raptor biasanya burung pemangsa yang aktif pada waktu siang sebagai contoh helang, burung hering , condors namun begitu ada juga spesis noctunarl seperti burung hantu.

Sifat-sifat Raptor

1. Mempunyai paruh dan kuku yang tajam.
2. Karnivor yang menjadikan haiwan kecil atau bangkai sebagai santapan.
3. Berada di bahagian paling atas dalam raptai makanan.


Sumber Rujukan

https://www.wonderopolis.org/wonder/what-is-a-raptor
https://www.raptor.umn.edu/learn-about-raptors

Bacaan Tambahan

http://idahoptv.org/sciencetrek/topics/birds_of_prey/facts3.cfm
https://seaworld.org/animals/all-about/raptors/characteristics/