Apakah Itu Intel Optane Memory ?

Anda adalah seorang remaja yang inesem pergi ke sebuah kedai komputer melihat perkakasan komputer maka mata anda tertarik dengan pelbagai pilihan hard disk dengan bajet RM300 anda boleh dapat 2TB HDD , 480 SSD tetapi hanya 32GB Intel Optane Memory .. kenapa ?

Sebenarnya Intel Optane Memory bukanlah berfungsi seperti hard disk SSD atau HDD , Tetapi berfungsi lebih seperti RAM. Di dalam erti kata lain, bukanlah menyimpan file dokumen atau sistem operasi namun Intel Optane Memory menyimpan cache.




Bagaimana Intel Optane Memory Berfungsi ? 


1. Konsep yang diguna pakai lebih kurang seperti melayari lawan web.
2. Bila anda menggunakan sesuatu file, Intel Optane Memory akan menyimpan file tersebut. 
3. Biasanya ia di panggil cache di mana bila anda ingin menggunakan file tersebut , iainya telah siap sedia menjadikan penghantaran data dari hardisk ke processor menjadi lebih cepat.

Boleh kah anda menggunakan Intel Optane Memory ?

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diketahui bagi memastikan komputer anda mampu menggunakan Intel Optane Memory atau sebaliknya.

Pertama sekali adalah Motherboard anda mempunyai M.2 Slot.Motherboard mestilah menggunakan chipset siri 200 atau 300.

Kedua processor yang dapat menggunakan Intel Optane Memory adalah dari generasi ketujuh atau lapan.

Ketiga Sistem Operasi mestilah Windows 10 64 bit.

Adakah Intel Optane Memory dan RAM benda yang sama ? 

Tidak , sebaliknya Intel Optane Memory mempercepatkan pindahan data antara  Hardisk , RAM dan Processor.


Sumber Rujukan 

What Is Intel Optane Memory and How Does It Work? 
Intel Optane Memory Update: Making Hard Drives Perform Like Fast SSDsRead
What Is Intel Optane Memory?
 Intel Optane - Bukan Eranya lagi.

Agenda sebenar bantuan zakat untuk LGBT.

Al-Riqab memang ada dalam lapan kategori Asnaf. Kalau rasa macam ada tujuh sebab Fakir & Miskin dipecah pada kelompok berbeza.

TV3 misleading, Al-Riqab bukan untuk golongan LGBT seumpamanya. Sebaliknya untuk orang yang mahu keluar dari kelompok itu. Asalnya untuk mendekakan Hamba.

Contoh lain Fisabililah , asalnya untuk memperjuangkan agama. Tetapi boleh mohon untuk sambung belajar.

Kiranya lapan golongan ada pecahannya lagi. Kenapa nak dipecahkan ? Supaya jumlah penerima semakin banyak.

Cukai yang hampa hentam tu diguna pakai untuk fasiliti ketenteraan sekaligus bahagian Fisabililah dapat diperbanyakan pemohonon.

Asasnya zaman sekarang hamba di Malaysia hampir pada tiada. Jadi bahagian Al-Riqab dapat dipecahkan.

Fakir dan Miskin pun di asingkan. Supaya bantuan dapat disesuaikan mengikut keperluan. Kelompok miskin dapat dilonggarlan syarat , kelompok fakir dapat dibanyak bantuan.

Tahun depan jerlaa start kurus.

Kisahnya apabila anak ku teringin pulak nak makan roti canai. Nak suruh dia tunggu sampai esok pagi pun kawan dah teringin sangat, disebabkan gerai roti canai pun seberang taman. Pergi jerla beli.  

"Nasi lemak tak nak ?" Tanya penebar roti canai.

"Taknak lah dah malam."Jam sekitar pukul 10 malam.

"Tapi lauk sotong."Balas penebar roti canai.

Haih !

Terkorban jugalah diet aku kononnya.

Tapi itulah cabaran untuk kurus, kalau nak bersenam masih boleh disiplinkan diri lagi tapi kalau nak diet.

Baru nak berjinak balik.

Sejujurnya dahulu aku rajin juga berblog tapi sudah berhenti sekitar enam atau tujuh tahun lalu.

Cubaan untuk berjinak kembali dalam dunia blogging agak mehhhh. Namun begitu ketagihan untuk menulis sukar dibuang walau masa mencemburui.

Mungkin...

Mungkin Ramadhan kali ini dapat memberi aku inspirasi untuk kembali menjadi blogger tegar seperti dahulu. Namun begitu buat masa ini aku tiada sebarang target melainkan mahu kosisten update satu entry setiap hari ahad. Di dalam kepala otak aku ada beberapa kategori untuk ditulis tetapi aku focus pada empat dahulu.

Luahan Akal adalah topik untuk aku membincangkan isu semasa dari sudut pandangan aku.

Diari Wanyob pulak adalah kes peribadi aku yang banyak memberi keutamaan pada aktiviti online. Artikel salah satu contoh untuk kategori ini.

Otak Ku memberi peluang kepada pembaca untuk membaca review peribadi aku mengenai buku , game atau siri TV.

Notapedia menghimpun artikel berinformasi.

Harap berjayalah berjinak kembali menjadi blogger yang kosisten.

Assalammualaikum & salam blogging.

Pandangan Fiksyen Klimaks Karya Helmi Efendi

Kali ini Helmi Efendi akan membawa kita kepada dunia Selepas Apokalips dimana Saiful Hajwiz yang kini berumah tangga terpaksa membesar anaknya seorang diri di dalam dunia yang penuh salji.

Cool

Bukan cerita zombie Walaupun Klimaks berkisahkan di zaman zombie apokalips namun jalan cerita tidak tertumpu pada serangan zombie sebaliknya lebih fokus kepada peperangan idealodi sesama manusia.

Peperangan Idealogi Setiap karekter mempunyai idealogi dan prinsip mereka sendiri, misalnya Saiful Hajwiz yang meletak anaknya lebih penting dari mana-mana nyawa di dunia ini. Ahmad Naim yang merasakan bertanggungjawab akan kesilapan lama. Kill yang berpegang pada dunia ini layak memiliki pemimpin yang lebih baik.

Alpha sememangnya menarik minat aku. Masalkan tidak, zombie pantang dicabar ini sebenarnya mampunyai karekterlistik seperti manusia. Seolah ratu untuk koloni semuat Alpha adalah ketua untuk zombie di sesebuah sarang.

Tema yang berat  mungkin ini adalah buku Helmi Efendi yang mempunyai tema paling berat yang pernah aku baca. Apabila tuhan telah tiada dan bagimana Iman bukan lagi satu kekuatan di dalam sebuah dunia yang sedang nazak.


Cold

Tajuk asal iaitu Selepas Apokalips adalah jauh lebih baik dari tajuk akhir iaitu Klimaks. Selepas Apokalips mempunyai lebih sentimental value dan kena dengan tema utama novel ini iaitu kehidupan selepas berlakunya apokalips.

Banyak karekter dimatikan berbanding buku sebelum ini seperti Lost World dimana watak penting dimatikan aku masih ada rasa ketidakpuasan hati dan berharap watak tersebut akan kembali atau bagaimana satu kejutan karekter di dalam Istana dimana karekter yang nampak memainkan peranan penting rupanya hanyalah korban untuk langsuir atau Permainan Maut selepas menjalani pembedahan hanya untuk dibakar hidup-hidup. Namun terlalu banyak karekter dimatikan membuat aku seperti tidak lagi peduli.

Terlalu nipis atas faktor kos, buku ini telah disingkatkan dari yang asal. Menjadikan karya ini agar singkat untuk satu terma yang sangat berat. 

Kesimpulan

Satu lagi karya yang hebat , dengan tema yang begitu berat dan plot yang menarik. Namun tajuk Klimaks kurang sesuai untuk sebuah karya epilogue kepada siri revolusi .


Kisah Seorang Pelajar Pondok [Latihan Seo]

Sebenarnya terdapat banyak kisah seorang pelajar pondok yang mungkin dapat menarik minat kita dan memberikan sedikit pengajaran di dalam hidup kita. Antaranya adalah

Bagaimana seorang pelajar yang belajar bagaimana untuk mendapt kejayaan di dunia dengan ilmu dan bagaimana untuk mendapat kejayaan di akhirat dengan ilmu atau bagaimana unutk mendapat kedua-duanya dengan ilmu.

Boleh baca di sini : http://musafirdorks.blogspot.my/2012/04/cerita-di-pondok.html

Terdapat juga artikel yang menarik dari pengalaman seorang lagi blogger yang belajar pondok di mana dia berasa kagum dengan belajar bersyukur sebuah penempatan yang biasa terasa begitu selesa.

Boleh baca kisah seorang pelajar pondok itu di sini : http://kalammuhaffiz.blogspot.my/2010/10/kisah-imam-ahmad-bin-hambal-dicambuk.html

Delay Speech ; Tidak Jumpa Doktor Pun Boleh Bercakap ?

Delay Speech ;  Adalah satu masalah yang sering berlaku pada anak kecil yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah bercakap .

Diari 

Anak aku mengalami delay speech selepas didapati tidak mampu bercakap dengan baik untuk seorang yang berusia tiga tahun . Ironinya anak aku kena delay speech kerana komunikasi yang baik antara kami berdua . Selama ini dia hanya sebut sepatah aku terus faham , hingga aku alpa dia sepatutnya menggunakan lebih dari tiga patah perkataan .

Luahan Akal 

Sedia maklum bahawa Delay Speech bukanlah sesuatu yang serius , bab kata masyarakat "Anak aku pun dulu tak boleh cakap lepas itu okay jer"

Namun begitu  ini hanya untuk kanak-kanak yang sihat dan normal . Pemeriksaan doktor itu perlu bagi memastikan anak-anak tidak mengalami masalah yang lebih serius antaranya adalah autistik dan pekak . Sebab itu anda perlu bawa anak anda untuk pemeriksaan ,

Anak-anak juga perlukan perhatian kita dan bercakap dengan mereka adalah sesuatu yang sangat berharga pada mereka. (Walaupun mereka tak nak dengar) .

Nota

  1. Antara punca delay speech adalak kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak . 
  2. Kanak-kanak normal biasnaya mampu bercakap pada usia 2 tahun dan ke atas  . 
  3. Walaupun Delay Speech adalah sesuatu yang normal tetapi ia juiga adalah simtom awal untuk sesuatu yang lebih teruk . 
  4. Antara aktivi yang dapat membantu kanak-kanak ini adalah permainan kad flash .