Delay Speech ; Tidak Jumpa Doktor Pun Boleh Bercakap ?

Delay Speech ;  Adalah satu masalah yang sering berlaku pada anak kecil yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah bercakap .

Diari 

Anak aku mengalami delay speech selepas didapati tidak mampu bercakap dengan baik untuk seorang yang berusia tiga tahun . Ironinya anak aku kena delay speech kerana komunikasi yang baik antara kami berdua . Selama ini dia hanya sebut sepatah aku terus faham , hingga aku alpa dia sepatutnya menggunakan lebih dari tiga patah perkataan .

Luahan Akal 

Sedia maklum bahawa Delay Speech bukanlah sesuatu yang serius , bab kata masyarakat "Anak aku pun dulu tak boleh cakap lepas itu okay jer"

Namun begitu  ini hanya untuk kanak-kanak yang sihat dan normal . Pemeriksaan doktor itu perlu bagi memastikan anak-anak tidak mengalami masalah yang lebih serius antaranya adalah autistik dan pekak . Sebab itu anda perlu bawa anak anda untuk pemeriksaan ,

Anak-anak juga perlukan perhatian kita dan bercakap dengan mereka adalah sesuatu yang sangat berharga pada mereka. (Walaupun mereka tak nak dengar) .

Nota

  1. Antara punca delay speech adalak kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak . 
  2. Kanak-kanak normal biasnaya mampu bercakap pada usia 2 tahun dan ke atas  . 
  3. Walaupun Delay Speech adalah sesuatu yang normal tetapi ia juiga adalah simtom awal untuk sesuatu yang lebih teruk . 
  4. Antara aktivi yang dapat membantu kanak-kanak ini adalah permainan kad flash .