Memaparkan catatan dengan label Parent Think. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parent Think. Papar semua catatan

Normalisasikan benda yang salah

Aku tengok kita sekarang terlalu mudah untuk normalisasikan benda yang salah.
 
Bila ada emak bapa yang mengadu beg anak mereka sampai 5kg. Kita mula tuduh manjakan anak tapi kita kena faham juga untuk budak sekecil itu 5kg adalah sangat berat. 
 
Sama juga bila ada yang mahukan gaji lebih dari RM1200, kita tuduh dia pilih kerja pulak. Bangga pulak kita sebab boleh dulu kita boleh hidup dengan gaji itu. Tapi dulu set KFC baru RM9 lebih. 
 
Kes mangsa banjir minta untuk keluarkan duit KWSP, kita yang tak dimasuki air pulak yang menggelabah nak bangkang macam lah kena guna duit kita. 
 
Entahlah, kadang-kadang hidup kita ini macam sakit hati sangat bila ada orang nak hidup mereka dipermudahkan. Padahal tak beri kesan pada diri kita pun.

Buat design bawah RM15 ?

Aku baru jumpa satu website ini. Sesuai untuk sesiapa yang mahukan simple design dan baru nak berjinak. Aku pakai untuk Karya Syazwan.  

Bestnya benda ini percuma dengan pilihan bayaran untuk download gambar dengan qualiti lebih baik dan remove watermark. 

Aku rasa benda ini lagi baloi daripada bayar servis bulanan tapi nak pakai untuk satu dua. 

Website : postermywall.com

Paksa anak cepat belajar ?



Ada yang mempelawa/promo aku untuk daftarkan Akhdan ke kelas mereka . Dimana kelas itu membolehkan kanak-kanak membaca seusia dua tahun .

Tidak !

Aku sendiri darjah dua baru boleh membaca dan aku nak bagi latihan intensif untuk anak aku supaya cepat membaca ?

Usia dua tahun untuk force dia sebegitu adalah sangat tidak sesuai , aku faham zaman sekarang tidak seperti dulu . Budak darjah satu punya education semakin advance .

Where the fun ?

Sekiranya anak kita tidak gembira menerima ilmu baru pasti ada sesuatu yang tidak kena pada pengajar , pelajar , pembelajaran .

Akhdan memang ada membaca , tapi buku itu bergambar . Dia membaca ketika aktiviti personal atau quality time . Meniru aksi segala yang ada dalam buku itu dari bagaimana monyet menari hingga gajah melompat .
Benda pertama sekali aku nak terapkan dalam anak aku adalah "Knowledge Is Passion" .