Baru nak berjinak balik.

Sejujurnya dahulu aku rajin juga berblog tapi sudah berhenti sekitar enam atau tujuh tahun lalu.

Cubaan untuk berjinak kembali dalam dunia blogging agak mehhhh. Namun begitu ketagihan untuk menulis sukar dibuang walau masa mencemburui.

Mungkin...

Mungkin Ramadhan kali ini dapat memberi aku inspirasi untuk kembali menjadi blogger tegar seperti dahulu. Namun begitu buat masa ini aku tiada sebarang target melainkan mahu kosisten update satu entry setiap hari ahad. Di dalam kepala otak aku ada beberapa kategori untuk ditulis tetapi aku focus pada empat dahulu.

Luahan Akal adalah topik untuk aku membincangkan isu semasa dari sudut pandangan aku.

Diari Wanyob pulak adalah kes peribadi aku yang banyak memberi keutamaan pada aktiviti online. Artikel salah satu contoh untuk kategori ini.

Otak Ku memberi peluang kepada pembaca untuk membaca review peribadi aku mengenai buku , game atau siri TV.

Notapedia menghimpun artikel berinformasi.

Harap berjayalah berjinak kembali menjadi blogger yang kosisten.

Assalammualaikum & salam blogging.