Pandangan Fiksyen Klimaks Karya Helmi Efendi

Kali ini Helmi Efendi akan membawa kita kepada dunia Selepas Apokalips dimana Saiful Hajwiz yang kini berumah tangga terpaksa membesar anaknya seorang diri di dalam dunia yang penuh salji.

Cool

Bukan cerita zombie Walaupun Klimaks berkisahkan di zaman zombie apokalips namun jalan cerita tidak tertumpu pada serangan zombie sebaliknya lebih fokus kepada peperangan idealodi sesama manusia.

Peperangan Idealogi Setiap karekter mempunyai idealogi dan prinsip mereka sendiri, misalnya Saiful Hajwiz yang meletak anaknya lebih penting dari mana-mana nyawa di dunia ini. Ahmad Naim yang merasakan bertanggungjawab akan kesilapan lama. Kill yang berpegang pada dunia ini layak memiliki pemimpin yang lebih baik.

Alpha sememangnya menarik minat aku. Masalkan tidak, zombie pantang dicabar ini sebenarnya mampunyai karekterlistik seperti manusia. Seolah ratu untuk koloni semuat Alpha adalah ketua untuk zombie di sesebuah sarang.

Tema yang berat  mungkin ini adalah buku Helmi Efendi yang mempunyai tema paling berat yang pernah aku baca. Apabila tuhan telah tiada dan bagimana Iman bukan lagi satu kekuatan di dalam sebuah dunia yang sedang nazak.


Cold

Tajuk asal iaitu Selepas Apokalips adalah jauh lebih baik dari tajuk akhir iaitu Klimaks. Selepas Apokalips mempunyai lebih sentimental value dan kena dengan tema utama novel ini iaitu kehidupan selepas berlakunya apokalips.

Banyak karekter dimatikan berbanding buku sebelum ini seperti Lost World dimana watak penting dimatikan aku masih ada rasa ketidakpuasan hati dan berharap watak tersebut akan kembali atau bagaimana satu kejutan karekter di dalam Istana dimana karekter yang nampak memainkan peranan penting rupanya hanyalah korban untuk langsuir atau Permainan Maut selepas menjalani pembedahan hanya untuk dibakar hidup-hidup. Namun terlalu banyak karekter dimatikan membuat aku seperti tidak lagi peduli.

Terlalu nipis atas faktor kos, buku ini telah disingkatkan dari yang asal. Menjadikan karya ini agar singkat untuk satu terma yang sangat berat. 

Kesimpulan

Satu lagi karya yang hebat , dengan tema yang begitu berat dan plot yang menarik. Namun tajuk Klimaks kurang sesuai untuk sebuah karya epilogue kepada siri revolusi .