Info - Apa itu Raptor ?

Apabila sebut sahaja mengenai Raptor sudah tentu kita akan terbayangkan makhluk ala-ala biawak yang besar dan menjadikan manusia sebagai santapan. Itu adalah benda biasa kerana kita telah terpengaruh dengan filem seperti Jurrasic Park/ Jurrasic World.



Ironinya di dalam filem Jurrasic Park itu sendiri telah menafikan teori bahawa makhluk seperti Veliociraptor dari kategori reptilia. Sebaliknya raptor adalah daripada spesis burung !

Nama raptor di ambil daripada bahasa latin iaitu rapere yang membawa maksud rampasan atau mengambil dengan paksa. 

Raptor biasanya burung pemangsa yang aktif pada waktu siang sebagai contoh helang, burung hering , condors namun begitu ada juga spesis noctunarl seperti burung hantu.

Sifat-sifat Raptor

1. Mempunyai paruh dan kuku yang tajam.
2. Karnivor yang menjadikan haiwan kecil atau bangkai sebagai santapan.
3. Berada di bahagian paling atas dalam raptai makanan.


Sumber Rujukan

https://www.wonderopolis.org/wonder/what-is-a-raptor
https://www.raptor.umn.edu/learn-about-raptors

Bacaan Tambahan

http://idahoptv.org/sciencetrek/topics/birds_of_prey/facts3.cfm
https://seaworld.org/animals/all-about/raptors/characteristics/



Ulasan - Taare Zameen Par

Semua orang mahukan anak yang bijak dan aktif di dalam kokurikulum dan Yohan adalah contoh anak yang menjadi idaman setiap orang. Namun begitu bukan setiap anak sama itulah yang tidak diketahui oleh kedua ibu bapa Yohan kerana anak kedua mereka jauh berbeza.

Dia malas ? Dia nakal ? Dia memberi alasan ?

Tidak ... dia mengalami diklesia.




Sinopsis

Ishaan Awasthi kelihatan biasa seperti kanak-kanak lapan tahun lain namun begitu sering ketinggalan di dalam akademi. Seorang kanak-kanak periang asalnya dan sangat tinggi imaginasi , mempunyai bakat dan minat yang tinggi di dalam lukisan.

Malangnya kenakalannya memakan diri apabila dia dipindah sekolah oleh ayahnya dengan harapan dia dapat berubah namun begitu tanpa ayahnya sedar tindakannya menyebabkan Ishaan Awasthi mengalami terkenan dan mula berputus asa.

Susunan Plot

Jalan cerita filem ini terbahagi kepada dua point of view . Bahagian pertama dari pandangan Ishann Awasthi bagaimana dia sebagai kanak-kanak periang akhirnya menjadi takut dan berputus asa.

Manakala point of view kedua adalah dari pandangan guru seni Ram Shankar Nikumbh yang cuba membantu Ishaan Awasthi.

Plotnya mendatar sahaja, Ishaan gembira kemudian Ishaan tidak gembira selepas itu Ishaan jumpa Nikumbh dan dia kembali gembira.

Lagu

 Salah satu kelebihan filem ini adalah bagaimana lagu dijadikan elemen untuk menyampaikan jalan cerita atau monolog Ishaan.

Contohnya Maa luahan kekecewaan Ishaan , Jame Raho pulak penyampaian cerita keluarga Ishaan setiap pagi.


Ulasan - Fullmetal Alchemist The Movie

Kisah Al-Kimia pernah di adaptasi dari Manga ke Anime , alternatif anime , video game namun adakah kisah dua beradik ini mendapat pujian yang sama untuk versi filem ?

Tak.

Fullmetal Alchemist The Movie yang kini menjadi Netflix Original kurang berjaya menarik perhatian perminat sama ada peminat anime FMA atau FMA Brotherhood.




Tindakan mengikut hampir sebijik stail anime FMA Brotherhood ternyata mermakan diri apabila menonton filem terasa seolah menonton satu episode flashback. 

Keadaan lebih parah lagi adalah apabila karekter Edward Elric seolah kaku dan tiada fungsi di dalam filem ini melainkan satu karekter yang dibuli dari awal hingga akhir cerita.

Walaubagaimanapun ada juga yang patut dipuji seperti prob yang sama dengan Anime namun begitu scene awal cerita dimana Edward dan Alphonse cuba menghidupkan ibunya kembali di hype kan bukan sahaja mereka kehilangan anggota badan tetapi sekali rumah juga di ambil.

Karekterlistik Roy Mustang juga berbeza di mana di dalam versi manga/anime beliau adalah orang yang membakar semangat Edward Elric namun versi filem dia yang menyuruh Edward Elric berhenti mencari philosopher's stone.



Apakah animasi itu penyamaran sebuah kartun ?

Anda sedang menonton animasi di sebuah perkhidmatan penstriman , anda teruja dengan jalan cerita yang penuh dengan falsafah dan keganasan tiba-tiba sahaja kawan anda berkata "Eleh cerita kartun jer pun."

Apakah animasi dan kartun adalah benda yang sama ?

Perbezaan kumpulan kartun dan animasi

Kita lihat definasi Multimedia , iaitu satu media yang mempunyai lebih dari satu elemen daripada lima.

Lima elemen multimedia adalah animasi , bunyi , gambar , teks dan video. Maka dari sini kita tahu yang animasi adalah salah satu daripada elemen multimedia namun tidak untuk kartun.

Manakala kartun pulak adalah salah satu daripada stail lukisan. Sekiranya lukisan itu dilukis di atas kertas maka iainya di dalam media gambar , namun jika dua keping gambar kartun disatukan dengan frame yang berbeza maka ia sudah menjadi animasi.

Bagaimana pulak dengan definasi kartun dan animasi ?

Animasi adalah sesuatu objek yang berubah bentuk dari frame ke frame. Sebagai contoh pada saat pertama objek mengangkat kaki dan pada saat kedua objek meletak kaki.

Sangat berbeza dengan kartun yang membawa maksud lukisan yang berbentuk serpara realistik.

Kesimpulannya ? 

Kedua-dua benda ini adalah berbeza namun boleh jadi satu benda yang sama sebagai contoh Doraemon, lukisan separa realistiknya menjadikan Doraemon sebagai kartun dan anda menontonnya di televisyen menjadikan Doraemon sebagai satu animasi.

Sekiranya Doraemon dilukis di atas kertas iainya hanya sebuah kartun dan bukannya animasi.

Maksud Sebenar Cash On Delivery

Ramai juga member aku yang share mengenai maksud sebenar COD. Itu semua tidak benar.

COD ini tiada kaitan langsung samaada customer datang rumah peniaga , customer bertemu dengan peniaga di tempat yang dijanjikan atau pun peniaga hantar barang.

COD adalah salah satu terma di dalam pembayaran.

Cash On Delivery membawa maksud PEMBAYARAN dilakukan apabila barang sudah sampai di tangan customer
.
Lantaklah kau gi tempat penjual, kau bertemu dekat tempat dijanjikan atau pun barang dihantar ke rumah. Pembayaran dilakukan bila barang sampai di tangan.

Contoh : Pergi kedai perabut, pesan almari. Bila Almari dihantar ke rumah kita bayar dekat staff yang hantar barang.

Seller janji dengan semua customer nak jumpa dekat station minyak. Kita bayar bila jumpa nak ambil barang.

Atau pun Seller atau Courier Servis hantar barang dan kita bayar pada waktu itu.

Key point pertama : Pembayaran dibuat.
Key point kedua : Bila barang sampai.