Pandangan Fiksyen Klimaks Karya Helmi Efendi

Kali ini Helmi Efendi akan membawa kita kepada dunia Selepas Apokalips dimana Saiful Hajwiz yang kini berumah tangga terpaksa membesar anaknya seorang diri di dalam dunia yang penuh salji.

Cool

Bukan cerita zombie Walaupun Klimaks berkisahkan di zaman zombie apokalips namun jalan cerita tidak tertumpu pada serangan zombie sebaliknya lebih fokus kepada peperangan idealodi sesama manusia.

Peperangan Idealogi Setiap karekter mempunyai idealogi dan prinsip mereka sendiri, misalnya Saiful Hajwiz yang meletak anaknya lebih penting dari mana-mana nyawa di dunia ini. Ahmad Naim yang merasakan bertanggungjawab akan kesilapan lama. Kill yang berpegang pada dunia ini layak memiliki pemimpin yang lebih baik.

Alpha sememangnya menarik minat aku. Masalkan tidak, zombie pantang dicabar ini sebenarnya mampunyai karekterlistik seperti manusia. Seolah ratu untuk koloni semuat Alpha adalah ketua untuk zombie di sesebuah sarang.

Tema yang berat  mungkin ini adalah buku Helmi Efendi yang mempunyai tema paling berat yang pernah aku baca. Apabila tuhan telah tiada dan bagimana Iman bukan lagi satu kekuatan di dalam sebuah dunia yang sedang nazak.


Cold

Tajuk asal iaitu Selepas Apokalips adalah jauh lebih baik dari tajuk akhir iaitu Klimaks. Selepas Apokalips mempunyai lebih sentimental value dan kena dengan tema utama novel ini iaitu kehidupan selepas berlakunya apokalips.

Banyak karekter dimatikan berbanding buku sebelum ini seperti Lost World dimana watak penting dimatikan aku masih ada rasa ketidakpuasan hati dan berharap watak tersebut akan kembali atau bagaimana satu kejutan karekter di dalam Istana dimana karekter yang nampak memainkan peranan penting rupanya hanyalah korban untuk langsuir atau Permainan Maut selepas menjalani pembedahan hanya untuk dibakar hidup-hidup. Namun terlalu banyak karekter dimatikan membuat aku seperti tidak lagi peduli.

Terlalu nipis atas faktor kos, buku ini telah disingkatkan dari yang asal. Menjadikan karya ini agar singkat untuk satu terma yang sangat berat. 

Kesimpulan

Satu lagi karya yang hebat , dengan tema yang begitu berat dan plot yang menarik. Namun tajuk Klimaks kurang sesuai untuk sebuah karya epilogue kepada siri revolusi .


Kisah Seorang Pelajar Pondok [Latihan Seo]

Sebenarnya terdapat banyak kisah seorang pelajar pondok yang mungkin dapat menarik minat kita dan memberikan sedikit pengajaran di dalam hidup kita. Antaranya adalah

Bagaimana seorang pelajar yang belajar bagaimana untuk mendapt kejayaan di dunia dengan ilmu dan bagaimana untuk mendapat kejayaan di akhirat dengan ilmu atau bagaimana unutk mendapat kedua-duanya dengan ilmu.

Boleh baca di sini : http://musafirdorks.blogspot.my/2012/04/cerita-di-pondok.html

Terdapat juga artikel yang menarik dari pengalaman seorang lagi blogger yang belajar pondok di mana dia berasa kagum dengan belajar bersyukur sebuah penempatan yang biasa terasa begitu selesa.

Boleh baca kisah seorang pelajar pondok itu di sini : http://kalammuhaffiz.blogspot.my/2010/10/kisah-imam-ahmad-bin-hambal-dicambuk.html

Delay Speech ; Tidak Jumpa Doktor Pun Boleh Bercakap ?

Delay Speech ;  Adalah satu masalah yang sering berlaku pada anak kecil yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah bercakap .

Diari 

Anak aku mengalami delay speech selepas didapati tidak mampu bercakap dengan baik untuk seorang yang berusia tiga tahun . Ironinya anak aku kena delay speech kerana komunikasi yang baik antara kami berdua . Selama ini dia hanya sebut sepatah aku terus faham , hingga aku alpa dia sepatutnya menggunakan lebih dari tiga patah perkataan .

Luahan Akal 

Sedia maklum bahawa Delay Speech bukanlah sesuatu yang serius , bab kata masyarakat "Anak aku pun dulu tak boleh cakap lepas itu okay jer"

Namun begitu  ini hanya untuk kanak-kanak yang sihat dan normal . Pemeriksaan doktor itu perlu bagi memastikan anak-anak tidak mengalami masalah yang lebih serius antaranya adalah autistik dan pekak . Sebab itu anda perlu bawa anak anda untuk pemeriksaan ,

Anak-anak juga perlukan perhatian kita dan bercakap dengan mereka adalah sesuatu yang sangat berharga pada mereka. (Walaupun mereka tak nak dengar) .

Nota

  1. Antara punca delay speech adalak kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak . 
  2. Kanak-kanak normal biasnaya mampu bercakap pada usia 2 tahun dan ke atas  . 
  3. Walaupun Delay Speech adalah sesuatu yang normal tetapi ia juiga adalah simtom awal untuk sesuatu yang lebih teruk . 
  4. Antara aktivi yang dapat membantu kanak-kanak ini adalah permainan kad flash . 

Bukti lelaki jauh lebih berkeyakinan !

Tukang Komen : Eh awak ini cantiklah
Awek : Eh ya ke ?  Mana ada  .


Tukang Komen : Eh awak ini cantiklah
Jejaka : Laa baru tahu ?n