Rupa Nemesis telah didedah.

Resident Evil 3 Remake akan keluar pada bulan April ini dan semalam Capcom telah menyiarkan trailer terbaru untuk game ini dan fokus kepada antagonis utama iaitu Nemesis.


Berbeza dengan versi klasik, Nemesis untuk versi remake akan menggunakan Flame Thrower dan bukan lagi Bazoka.

Ada hidung.

Nemesis akan guna tentacle untuk menangkap permain dan flamethower akan menjadikan trick di tangga ketika berdepan dengan Mr.X sebelum ini tidak lagi berkesan.

Watak Carlos juga dapat dimainkan namun begitu jangan letak harapan sangat kemungkinan hanya untuk satu scene seperti mana watak Ada atau Sherry dalam Resident Evil 2 Remake.

Sehingga kini tiada sebarang info akan versi Mercenaries dan dengan adanya Resident Evil Resistance yang mungkin akan jadi penganti.

Sejujurnya aku rasa mungkin akan ada untuk next DLC.

Capcom telah sahkan bahawa hanya akan ada satu ending. Sekiranya anda telah lupa atau tidak main versi klasik, ketika di jambatan, Jill akan berdepan dengan Nemesis dan pilihan kita seterusnya akan tentukan hala tuju game.