Ulasan - Fullmetal Alchemist The Movie

Kisah Al-Kimia pernah di adaptasi dari Manga ke Anime , alternatif anime , video game namun adakah kisah dua beradik ini mendapat pujian yang sama untuk versi filem ?

Tak.

Fullmetal Alchemist The Movie yang kini menjadi Netflix Original kurang berjaya menarik perhatian perminat sama ada peminat anime FMA atau FMA Brotherhood.




Tindakan mengikut hampir sebijik stail anime FMA Brotherhood ternyata mermakan diri apabila menonton filem terasa seolah menonton satu episode flashback. 

Keadaan lebih parah lagi adalah apabila karekter Edward Elric seolah kaku dan tiada fungsi di dalam filem ini melainkan satu karekter yang dibuli dari awal hingga akhir cerita.

Walaubagaimanapun ada juga yang patut dipuji seperti prob yang sama dengan Anime namun begitu scene awal cerita dimana Edward dan Alphonse cuba menghidupkan ibunya kembali di hype kan bukan sahaja mereka kehilangan anggota badan tetapi sekali rumah juga di ambil.

Karekterlistik Roy Mustang juga berbeza di mana di dalam versi manga/anime beliau adalah orang yang membakar semangat Edward Elric namun versi filem dia yang menyuruh Edward Elric berhenti mencari philosopher's stone.



Apakah animasi itu penyamaran sebuah kartun ?

Anda sedang menonton animasi di sebuah perkhidmatan penstriman , anda teruja dengan jalan cerita yang penuh dengan falsafah dan keganasan tiba-tiba sahaja kawan anda berkata "Eleh cerita kartun jer pun."

Apakah animasi dan kartun adalah benda yang sama ?

Perbezaan kumpulan kartun dan animasi

Kita lihat definasi Multimedia , iaitu satu media yang mempunyai lebih dari satu elemen daripada lima.

Lima elemen multimedia adalah animasi , bunyi , gambar , teks dan video. Maka dari sini kita tahu yang animasi adalah salah satu daripada elemen multimedia namun tidak untuk kartun.

Manakala kartun pulak adalah salah satu daripada stail lukisan. Sekiranya lukisan itu dilukis di atas kertas maka iainya di dalam media gambar , namun jika dua keping gambar kartun disatukan dengan frame yang berbeza maka ia sudah menjadi animasi.

Bagaimana pulak dengan definasi kartun dan animasi ?

Animasi adalah sesuatu objek yang berubah bentuk dari frame ke frame. Sebagai contoh pada saat pertama objek mengangkat kaki dan pada saat kedua objek meletak kaki.

Sangat berbeza dengan kartun yang membawa maksud lukisan yang berbentuk serpara realistik.

Kesimpulannya ? 

Kedua-dua benda ini adalah berbeza namun boleh jadi satu benda yang sama sebagai contoh Doraemon, lukisan separa realistiknya menjadikan Doraemon sebagai kartun dan anda menontonnya di televisyen menjadikan Doraemon sebagai satu animasi.

Sekiranya Doraemon dilukis di atas kertas iainya hanya sebuah kartun dan bukannya animasi.