Info - Apa itu Raptor ?

Apabila sebut sahaja mengenai Raptor sudah tentu kita akan terbayangkan makhluk ala-ala biawak yang besar dan menjadikan manusia sebagai santapan. Itu adalah benda biasa kerana kita telah terpengaruh dengan filem seperti Jurrasic Park/ Jurrasic World.



Ironinya di dalam filem Jurrasic Park itu sendiri telah menafikan teori bahawa makhluk seperti Veliociraptor dari kategori reptilia. Sebaliknya raptor adalah daripada spesis burung !

Nama raptor di ambil daripada bahasa latin iaitu rapere yang membawa maksud rampasan atau mengambil dengan paksa. 

Raptor biasanya burung pemangsa yang aktif pada waktu siang sebagai contoh helang, burung hering , condors namun begitu ada juga spesis noctunarl seperti burung hantu.

Sifat-sifat Raptor

1. Mempunyai paruh dan kuku yang tajam.
2. Karnivor yang menjadikan haiwan kecil atau bangkai sebagai santapan.
3. Berada di bahagian paling atas dalam raptai makanan.


Sumber Rujukan

https://www.wonderopolis.org/wonder/what-is-a-raptor
https://www.raptor.umn.edu/learn-about-raptors

Bacaan Tambahan

http://idahoptv.org/sciencetrek/topics/birds_of_prey/facts3.cfm
https://seaworld.org/animals/all-about/raptors/characteristics/



Ulasan - Taare Zameen Par

Semua orang mahukan anak yang bijak dan aktif di dalam kokurikulum dan Yohan adalah contoh anak yang menjadi idaman setiap orang. Namun begitu bukan setiap anak sama itulah yang tidak diketahui oleh kedua ibu bapa Yohan kerana anak kedua mereka jauh berbeza.

Dia malas ? Dia nakal ? Dia memberi alasan ?

Tidak ... dia mengalami diklesia.




Sinopsis

Ishaan Awasthi kelihatan biasa seperti kanak-kanak lapan tahun lain namun begitu sering ketinggalan di dalam akademi. Seorang kanak-kanak periang asalnya dan sangat tinggi imaginasi , mempunyai bakat dan minat yang tinggi di dalam lukisan.

Malangnya kenakalannya memakan diri apabila dia dipindah sekolah oleh ayahnya dengan harapan dia dapat berubah namun begitu tanpa ayahnya sedar tindakannya menyebabkan Ishaan Awasthi mengalami terkenan dan mula berputus asa.

Susunan Plot

Jalan cerita filem ini terbahagi kepada dua point of view . Bahagian pertama dari pandangan Ishann Awasthi bagaimana dia sebagai kanak-kanak periang akhirnya menjadi takut dan berputus asa.

Manakala point of view kedua adalah dari pandangan guru seni Ram Shankar Nikumbh yang cuba membantu Ishaan Awasthi.

Plotnya mendatar sahaja, Ishaan gembira kemudian Ishaan tidak gembira selepas itu Ishaan jumpa Nikumbh dan dia kembali gembira.

Lagu

 Salah satu kelebihan filem ini adalah bagaimana lagu dijadikan elemen untuk menyampaikan jalan cerita atau monolog Ishaan.

Contohnya Maa luahan kekecewaan Ishaan , Jame Raho pulak penyampaian cerita keluarga Ishaan setiap pagi.