Benarkah zombie itu wujud ?

Zombie makhluk yang sering muncul di dalam filem, permainan video digambarkan sebagai makhluk rakus yang menjadikan manusia sebagai santapan dan manusia yang menjadi mangsa kepada zombie pulak bertukar menjadi mayat hidup yang sentiasa kelaparan Persoalannya, benarkah zombie itu wujud ? 
 
Asal zombie sebenarnya ada kaitan dengan ilmu vodoo dari kepercayaan kaum Haiti. Namun begitu zombie bukanlah satu situasi dimana manusia yang mati telah dihidupkan semula. Kebanyakkan kes dimana mangsa 'dipalsukan kematian' sebelum di cuci otak untuk dijadikan hamba abdi. 
 
Namun begitu percaya atau tidak zombie sebenarnya memang wujud !
 
Terdapat sejenis kulat yang dipanggil Ophiocordyceps unilateralis yang berada di hutan tropika yang  menjadikan makhluk lain sebagai zombie. Berbeza dengan makhluk parasit lain yang sering menumpang untuk mendapatkan nutrisi, Ophiocordyceps unilateralis  pulak  menyebarkan sporanya kepada serangga  dengan tujuan membiak. 
 
Sebaik sahaja penumpang terutamanya semut terkena spora dari kulat ini ia akan mula dirancuni atau dipengaruhi sehinggalah penumpang mati tetapi iainya tidak berhenti disitu. Kulat ini akan mula membesar dalam tempoh sekitar tiga minggu sebelum mengikut jejak langkah daddy dia untuk menyebar spora seolah-olah koloni semut mula diserang zombie pendemik.  
 
 Di Malaysia juga ada sejenis cacing yang akan menjadikan mentadak sebagai perumah, sebaik sahaja cacing tersebut mula matang ia akan mempengaruhi mentadak untuk terjun ke dalam tempat yang berair dan cacing itu kemudian keluar dari bangkai mentadak.
 
Kita ada dua berita baik, pertama zombie tiada kaitan dengan manusia mati hidup semula yang mahukan otak dan kedua perasit ini tidak memberi kesan kepada manusia. 
 
Buat masa ini .. 


5 komen:

Saiful berkata...

Wujud. Malah kebelakangan ini populasi mereka meningkat. Kalau dahulu di US sahaja, kini zombie sudah bermaharajalela di Korea. Begitulah mengikut data dari Netflix.

BOSS berkata...

Jangan lupa di Malaysia ada "Zombie Kampung Pisang".

Cryptolover berkata...

Baru tahu pasal sejarah zombi Islam. Terima kasih share

mrhanafi berkata...

saya memang tak percaya benda ini wujud

Azirahman berkata...

Nice sharing...baru tau.

Catat Ulasan