Mahal sungguh harga beliau

Antara kesilapan terbesar yang kita.lakukan adalah di dalam kiraan model kos sesuatu barang yang kita beli . Sebagai contoh kita makan Nasi Ayam Pak Mat , sedap tapi itulah RM4.50 satu mahal tu . Kita kira kos macam baru RM2 , apasal dia hentam sampai RM2.50 kan ? Sebenarnya ada beberapa kos yang sering kita tertinggal anyaranya adalah

Kos Bakat
Bakat juga sebenarnya adalah satu kos , bukan semua orang ada bakat hanya orang tertentu mempunyai bakat . Anda tidak hanya bayar untuk produknya sahaja anda bayar untuk bakatnya sekali . Bukan semua orang pandai memasak . Hari itu Amir buat nasi ayam , tengok-tengok nasi habis ayam dia makan .

Kos Latihan 
Bakat sahaja tak cukup sebenarnya , seseorang itu juga perlu tampung kos untuk latihan . Malahan untuk buat nasi ayam pun dia kena belajar cara untuk buat yang betul . Tampung kerugian untuk setiap kali kegagalan mencuba .

Kos Rahsia

 Resepi rahsia Nasi Ayam dijaga untuk lapan keturunan pun sebenarnya adalah salah satu kos . Tahukah anda sekiranya resepi rahsia itu memang menjadi kegilaan orang , ada peniaga sanggup bayar ribuan ringgit untuk mendapat resepi itu ?

Kos Masa

Masa itu kos , kadang-kadang kita nampak Pak Mat jual nasi ayam dari sembilan pagi sampai pukul dua pelas tetapi kita tak nampak Pak Mat bangun seawal empat pagi untuk sediakan bahan . Di dalam erti kata lain waktu kerja Pak Mat bermula dari seawal empat pagi .

Contoh lain

Graphic Designer

Bakat : Kemampuan untuk melukis dan berimaginasi
Latihan : Ambil kursus graphic design di IPT atau membeli buku tentang design
Rahsia : Tips -tips yang dapat dalam menghasilkan karya berkualiti
Masa: Waktu yang digunakan untuk menghasilkan karya .