Mahal sungguh harga beliau

Antara kesilapan terbesar yang kita.lakukan adalah di dalam kiraan model kos sesuatu barang yang kita beli . Sebagai contoh kita makan Nasi Ayam Pak Mat , sedap tapi itulah RM4.50 satu mahal tu . Kita kira kos macam baru RM2 , apasal dia hentam sampai RM2.50 kan ? Sebenarnya ada beberapa kos yang sering kita tertinggal anyaranya adalah

Kos Bakat
Bakat juga sebenarnya adalah satu kos , bukan semua orang ada bakat hanya orang tertentu mempunyai bakat . Anda tidak hanya bayar untuk produknya sahaja anda bayar untuk bakatnya sekali . Bukan semua orang pandai memasak . Hari itu Amir buat nasi ayam , tengok-tengok nasi habis ayam dia makan .

Kos Latihan 
Bakat sahaja tak cukup sebenarnya , seseorang itu juga perlu tampung kos untuk latihan . Malahan untuk buat nasi ayam pun dia kena belajar cara untuk buat yang betul . Tampung kerugian untuk setiap kali kegagalan mencuba .

Kos Rahsia

 Resepi rahsia Nasi Ayam dijaga untuk lapan keturunan pun sebenarnya adalah salah satu kos . Tahukah anda sekiranya resepi rahsia itu memang menjadi kegilaan orang , ada peniaga sanggup bayar ribuan ringgit untuk mendapat resepi itu ?

Kos Masa

Masa itu kos , kadang-kadang kita nampak Pak Mat jual nasi ayam dari sembilan pagi sampai pukul dua pelas tetapi kita tak nampak Pak Mat bangun seawal empat pagi untuk sediakan bahan . Di dalam erti kata lain waktu kerja Pak Mat bermula dari seawal empat pagi .

Contoh lain

Graphic Designer

Bakat : Kemampuan untuk melukis dan berimaginasi
Latihan : Ambil kursus graphic design di IPT atau membeli buku tentang design
Rahsia : Tips -tips yang dapat dalam menghasilkan karya berkualiti
Masa: Waktu yang digunakan untuk menghasilkan karya .


10 komen:

mrhanafi berkata...

harga bakat lagi tinggi bro..macam tulis blog..memang dibayar mahal

siti hazreen berkata...

kalau saya, biar mahal pun tak, asalkan sedap makanan tu

Aryn Fadz Lee berkata...

Betul..saya setuju..

arzmoha berkata...

kos ini seringkali peniaga juga lupa untuk masukkan di dalam harga mereka

arzmoha berkata...

singgah sini dari arzmoha.com

Nick Nashram berkata...

mahal takpe asalkan sedap dan berbaloi dengan harga :)

Syazwan Youb berkata...

Ya , nak tulis blog dan maintain bukan senang

Syazwan Youb berkata...

Ya 1 yang penting berkualiti

Syazwan Youb berkata...

Saya pun setuju

Syazwan Youb berkata...

Yup , ada kos tersembunyi yang ramai tak sedar.

Catat Ulasan