Paksa anak cepat belajar ?



Ada yang mempelawa/promo aku untuk daftarkan Akhdan ke kelas mereka . Dimana kelas itu membolehkan kanak-kanak membaca seusia dua tahun .

Tidak !

Aku sendiri darjah dua baru boleh membaca dan aku nak bagi latihan intensif untuk anak aku supaya cepat membaca ?

Usia dua tahun untuk force dia sebegitu adalah sangat tidak sesuai , aku faham zaman sekarang tidak seperti dulu . Budak darjah satu punya education semakin advance .

Where the fun ?

Sekiranya anak kita tidak gembira menerima ilmu baru pasti ada sesuatu yang tidak kena pada pengajar , pelajar , pembelajaran .

Akhdan memang ada membaca , tapi buku itu bergambar . Dia membaca ketika aktiviti personal atau quality time . Meniru aksi segala yang ada dalam buku itu dari bagaimana monyet menari hingga gajah melompat .
Benda pertama sekali aku nak terapkan dalam anak aku adalah "Knowledge Is Passion" .

10 komen:

Hero Borneo berkata...

dua tahun kalau dah pandai baca memang tersangat hebat..apapun terpulang kepada ibubapa nak memberi pendedahan awal atau pada masa yang sesuai..

Mummy Julia berkata...

Tulahh kan.. zaman kanak2 skrg dah tak macam dulu.. Darjah 1 baru mengenal ABC, Skrg darjah satu dah kena pandai baca..

Syazwan Youb berkata...

kalau dua tahun dah boleh membaca rasanya tadika dah boleh buat blog sendiri .

Syazwan Youb berkata...

itulah advance sangat takut ada yang tercicir .

siti hazreen berkata...

umur 2 tahun? banyakkan main..budak2 akan cepat belajar dengan main...bukan main dengan tab ye...mainan fizikal..dapat gerakkan kedua2 belah otak. kesian budak2 sekarang...sekolah tadika pun ada exam wehhh xboleh blah langsung!!

AtieYusof berkata...

sy lebih suka memilih konsep belajar sambil bermain bila anak2 masih di bawah 5tahun.. kurang sesuai utk usia 2 tahun dah nak paksa.. huhu... masa 2tahun adlah utk dia bermain & explore dunia nya..:)

Wanyob berkata...

Yup , bermain sambil berlajar dapat melatih motor skill kanak-kanak

Syazwan Youb berkata...

Setuju tu , time inilah mereka nak berhibur sepuasnya sebelum kenal cabaran dunia .

akubiomed berkata...

Harapan tinggi ibubapa memberi tekanan kepada anak-anak. Zaman kita kecil-kecil dahulu juga banyak bermain.

Syazwan Youb berkata...

Yeah bro , leh main sepuasnya tanpa pening kepala

Catat Ulasan