Apakah Kita Telah Maju ?

Saya tertanya benarkah kita sudah maju ? Maju dari segi apa ? Kita seolah-olah meletak tingginya bangunan sebagai taraf kemajuan sesuatu tempat .  Apakah sebuah rumah kayu dianggap mundur dan rumah dari bata itu lebih maju ? Tetapi ! Mana lebih tahan ? Kayu yang berusia puluhan tahun  atau bata ? Jika dikatakan  kayu akan repuk apakah bata tidak akan retak ?
The Flash Season 01 Episode 01

Ada yang berkata kos sara hidup yang tinggi kerana Malaysia sebuah negara yang maju .  Maju apakah itu ? Kalau itu erti maju kenapa kita terlalu kerjakan kemajuan ?

Mampukah kita maju kehadapan ? Di Masjid kini sudah ada skrin monitor menayang pelbagai perkara antaranya adalah waktu solat . Namun begitu kemajuan ini ada risikonya . Selepas Isyak pintu Masjid telah berkunci .  Apabila saya bertanya kenapa ? Ada kes curi . Sedangkan Masjid  menjadi mangsa si pencuri apatah lagi ditempat lain .

Tidak kira bertapa canggihnya teknologi ciptaan manusia , Malaysia tidak akan maju jika rohani kita masih mundur .
 
Bercakap mengenai teknologi , hampir setiap manusia tahu menggunakan internet di bandar mahupun luar bandar . Log in sahaja facebook seribu satu fitnah di share oleh saudara , sahabat mahupun kita sendiri . Bukanlah hubungan komunikasi dan sosial kita yang maju tetapi ngumpat dan fitnah jauh kehadapan .

Satu masa , bila tiba waktu bermain . Kita akan guna apa sahaja disekeliling kita sebagai barang permainan . Getah pemadam , tudung tin , plastik dibungkus manjadi bola . Sekarang tidak lagi semua benda kita mahu beli . Imaginasi kita seolah-olah makin undur .

Apakah erti maju ? Benarkah kita maju ?

Assalammualaikum  semoga maju kehadapan fizikal dan rohani .

4 komen:

Qiya Saad berkata...

Bagus entry ni..saya setuju dengan pendapat saudara..dalam situasi ramai orang berlumba-lumba untuk maju ke depan tapi masih ramai lagi yang berlumba-lumba utk terus maju dalam mengumpat, memfitnah, dan sebagainya. Saya cukup rimas dengan orang yang suka jaga tepi kain orang. Tanya hal peribadi orang secara umum. Diorang ingat media sosial tu untuk cerita pasal hal peribadi je kot. Orang jenis macam ni memang kita kena jauhkan diri.

mrhanafi berkata...

macam beremosi sahaja bro tentang perkara ini..sabar dan cuba kita berfikir cara logik

Hero Borneo berkata...

jika ada orang begitu dalam media sosial...unfriend sahaja..habis ceritakan

Catat Ulasan