Apakah animasi itu penyamaran sebuah kartun ?

Anda sedang menonton animasi di sebuah perkhidmatan penstriman , anda teruja dengan jalan cerita yang penuh dengan falsafah dan keganasan tiba-tiba sahaja kawan anda berkata "Eleh cerita kartun jer pun."

Apakah animasi dan kartun adalah benda yang sama ?

Perbezaan kumpulan kartun dan animasi

Kita lihat definasi Multimedia , iaitu satu media yang mempunyai lebih dari satu elemen daripada lima.

Lima elemen multimedia adalah animasi , bunyi , gambar , teks dan video. Maka dari sini kita tahu yang animasi adalah salah satu daripada elemen multimedia namun tidak untuk kartun.

Manakala kartun pulak adalah salah satu daripada stail lukisan. Sekiranya lukisan itu dilukis di atas kertas maka iainya di dalam media gambar , namun jika dua keping gambar kartun disatukan dengan frame yang berbeza maka ia sudah menjadi animasi.

Bagaimana pulak dengan definasi kartun dan animasi ?

Animasi adalah sesuatu objek yang berubah bentuk dari frame ke frame. Sebagai contoh pada saat pertama objek mengangkat kaki dan pada saat kedua objek meletak kaki.

Sangat berbeza dengan kartun yang membawa maksud lukisan yang berbentuk serpara realistik.

Kesimpulannya ? 

Kedua-dua benda ini adalah berbeza namun boleh jadi satu benda yang sama sebagai contoh Doraemon, lukisan separa realistiknya menjadikan Doraemon sebagai kartun dan anda menontonnya di televisyen menjadikan Doraemon sebagai satu animasi.

Sekiranya Doraemon dilukis di atas kertas iainya hanya sebuah kartun dan bukannya animasi.

1 komen:

mrhanafi berkata...

kawan sekerja saya pandai buat animasi

Catat Ulasan