Semua orang mahukan anak yang bijak dan aktif di dalam kokurikulum dan Yohan adalah contoh anak yang menjadi idaman setiap orang. Namun begitu bukan setiap anak sama itulah yang tidak diketahui oleh kedua ibu bapa Yohan kerana anak kedua mereka jauh berbeza.
Dia malas ? Dia nakal ? Dia memberi alasan ?
Tidak ... dia mengalami diklesia.
Sinopsis
Ishaan Awasthi kelihatan biasa seperti kanak-kanak lapan tahun lain namun begitu sering ketinggalan di dalam akademi. Seorang kanak-kanak periang asalnya dan sangat tinggi imaginasi , mempunyai bakat dan minat yang tinggi di dalam lukisan.
Malangnya kenakalannya memakan diri apabila dia dipindah sekolah oleh ayahnya dengan harapan dia dapat berubah namun begitu tanpa ayahnya sedar tindakannya menyebabkan Ishaan Awasthi mengalami terkenan dan mula berputus asa.
Susunan Plot
Jalan cerita filem ini terbahagi kepada dua point of view . Bahagian pertama dari pandangan Ishann Awasthi bagaimana dia sebagai kanak-kanak periang akhirnya menjadi takut dan berputus asa.
Manakala point of view kedua adalah dari pandangan guru seni Ram Shankar Nikumbh yang cuba membantu Ishaan Awasthi.
Plotnya mendatar sahaja, Ishaan gembira kemudian Ishaan tidak gembira selepas itu Ishaan jumpa Nikumbh dan dia kembali gembira.
Lagu
Salah satu kelebihan filem ini adalah bagaimana lagu dijadikan elemen untuk menyampaikan jalan cerita atau monolog Ishaan.
Contohnya Maa luahan kekecewaan Ishaan , Jame Raho pulak penyampaian cerita keluarga Ishaan setiap pagi.
Kalau dapat RM1 juta, apa nak buat?
-
Saya dan angan-angan bagaikan aur dengan tebing. Mana mungkin dipisahkan
seperti ombak dengan pantai atau kuku dengan isi. Daripada berfikiran
negatif, ris...
Sehari yang lalu






0 komen:
Catat Ulasan