Darah Juruteknik

Semalaman aku cuba connect external hard disk pada komputer tapi gagal . Pelbagai cara , entah berapa kali restart . Pergi ke setiap forum mencari solusi . Masih gagal .

Tiba-tiba petang keesokannya dah boleh pakai .

Aku : Nis buat macam mana external hard disk dah boleh pakai ?

Wife : Bukan Nis , Akhdan yang buat .

Aku : Dia buat apa ?

Wife : Dia baling

Apakah penunggang yang salah ?

"Motor yang excident tu pun salah jugalah kan sebab masa dia langgar dia guna laluan kecemasan"
Ini adalah ayat yang seorang penunggang pasti akan dengar . Apa yang jadi penunggang yang disalahkan , termasuklah tragedi baru-baru ini .

Pertama sekali , di lebuh raya laluan kecemasan dan laluan untuk penunggang motorsikal adalah laluan yang sama . Yup ! Yang bahagian tepi yang korang selalu tengok tu laluan untuk motorsikal .
Cuma di sesetengah bukan laluan plus , penunggang ambil risiko taknak guna laluan tersebut , sebab laluan disediakan sangat kecik dan dipenuhi dengan lubang mahupun ada pokok . Atau lembu tengah tidur .


 Kredit Gambar

Penunggang motorsikal ada sedikit eleman brotherhood , benda tu memang automatik ada dalam darah penunggang motorsikal . Motor rosak akan ada penunggang lain tolak , kalau pancit cabut tayar hantar repair , minyak takda ambil minyak diorang. Paling takda penunggang akan slow tanya apa jadi , kemudian minta maaf tak dapat tolong .

Sekali lagi diingatkan , laluan kecemasan juga laluan untuk penunggang . Bila ada trafik jem penunggang still guna laluan itu dan bila dengar saja bunyi siren barulah penunggang masuk ke laluan kereta . Setengah penunggang sendiri yang akan main peranan untuk membuka laluan kepada ambulan .

Paksa anak cepat belajar ?



Ada yang mempelawa/promo aku untuk daftarkan Akhdan ke kelas mereka . Dimana kelas itu membolehkan kanak-kanak membaca seusia dua tahun .

Tidak !

Aku sendiri darjah dua baru boleh membaca dan aku nak bagi latihan intensif untuk anak aku supaya cepat membaca ?

Usia dua tahun untuk force dia sebegitu adalah sangat tidak sesuai , aku faham zaman sekarang tidak seperti dulu . Budak darjah satu punya education semakin advance .

Where the fun ?

Sekiranya anak kita tidak gembira menerima ilmu baru pasti ada sesuatu yang tidak kena pada pengajar , pelajar , pembelajaran .

Akhdan memang ada membaca , tapi buku itu bergambar . Dia membaca ketika aktiviti personal atau quality time . Meniru aksi segala yang ada dalam buku itu dari bagaimana monyet menari hingga gajah melompat .
Benda pertama sekali aku nak terapkan dalam anak aku adalah "Knowledge Is Passion" .

Wanyob telah pindah ke blogspot !

Setelah fikir masak-masak , saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berpindah ke pelantar blogger meninggalkan Self Hosting .  Sejujurnya saya lebih suka untuk menggunakan Slef Hosting Wordpress . Tetapi atas beberapa faktor saya membuat keputusan untuk pindah ke Blogger Blogspot .

  
Senang nak komen blog anda . '

Majoriti pembaca saya dari kalangan blogger itu sendiri . Kebanyakan adalah pengguna blogspot . Sebenarnya ada satu benda yang agak leceh mengenai perkara ini . Empunya blog tidak membenarkan anonymous dan name Url  untuk komen . Kebiasanannya mereka buat setting ini sebab diserang oleh SPAM . 




Lebih mesra pengguna blogspot lain . 

Saya sudah lama tidak guna blogspot dengan aktif . Satu masa dahulu salah satu feature yang menarik dekat blogspot adalah follower dan news feed url . Dua benda ini wajib ada untuk golongan blog yang target blogwalker. Sekarang ada lagi atau tidak , saya masih belum godek sepenuhnya .
 

Ekonomi sikit 

 Updatenya mahu sekali untuk setiap lapan tahun . Rasa macam tak praktikal lah pulak untuk guna slef hosting blogspot . Domain dikekalkan tetapi hosting tidak guna dah .

Self Hosting Server asyik down . 

Masalah kalau guna hosting Jomhosting adalah asyik down jer , sejak dulu lagi problem ini macam tidak selesai . Kalau nak beli domain sahaja , Jomhosting memang berbaloi .

Apakah Kita Telah Maju ?

Saya tertanya benarkah kita sudah maju ? Maju dari segi apa ? Kita seolah-olah meletak tingginya bangunan sebagai taraf kemajuan sesuatu tempat .  Apakah sebuah rumah kayu dianggap mundur dan rumah dari bata itu lebih maju ? Tetapi ! Mana lebih tahan ? Kayu yang berusia puluhan tahun  atau bata ? Jika dikatakan  kayu akan repuk apakah bata tidak akan retak ?
The Flash Season 01 Episode 01